Air Asia
AIRASIA Bhd menawarkan diskaun sehingga 38 peratus ke atas semua barangan bebas cukai kepada penumpang yang membuat pesanan awal dalam talian di bigdutyfree.com.
Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata tawaran tersebut untuk penumpang yang membuat perjalanan dengan mana-mana penerbangan AirAsia mulai sekarang hingga 12 Februari 2017.
"Terdapat lebih daripada 100 produk yang boleh dipilih dari laman web yang menjual jenama dan barang dagangan mewah itu.
"Beberapa tawaran hebat, termasuk jam lelaki Maserati Potenza pada harga RM558 berbanding harga asal RM900 dan Pati Rawatan Muka SK pada harga RM384.40 berbanding harga asal RM620, dan banyak lagi," katanya.
Ketua Kumpulan Bebas Cukai dan Barang Dagangan AirAsia, Sumeet Dhingra, berkata syarikat penerbangan tersebut membuat tawaran habis-habisan untuk menceriakan perayaan tahun ini, terutama bagi mereka yang membuat perjalanan pulang ke kampung menaiki pesawat AirAsia.
"Walaupun portal itu menjamin harga paling rendah, kami akan menawarkan harga yang lebih rendah daripada sebelumnya dengan diskaun 38 peratus bagi barangan bebas cukai kami.
"Bukan itu sahaja, setiap pembelian mungkin diberikan penerbangan percuma kerana kami akan memberi lebih banyak mata ganjaran AirAsia BIG Points bersama promosi tersebut," katanya. - Bernama

0 comments: