Laporan Sinar Harian 7 Januari lalu.
KUALA PILAH - Kanak-kanak berusia tiga tahun yang ditinggalkan di sebuah rumah sewa di Kampung Parit Buloh Gemas, pada 5 Januari lalu, masih ditempatkan di Hospital Tampin.
Pengarah Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mohamad Hapil berkata, keadaan kanak-kanak itu stabil namun masih memerlukan pemeriksaan dan rawatan perubatan.
“Buat masa ini, kanak-kanak itu masih di bawah jagaan hospital dan JKM tidak boleh mengambilnya sehingga selesai mencari pewaris sebenar.
“Kita hanya memantau dari semasa ke semasa dan selebihnya diserahkan kepada polis untuk membuat siasatan lanjut serta terperinci berkaitan kes berkenaan,” katanya ditemui pada program Dekat Dihati Siri 1 Sukarelawan JKM Kuala Pilah, di Kampung Jawa, di sini, kelmarin.
Hadir sama, Adun Pilah, Datuk Norhayati Omar dan Pegawai JKM Daerah, Mohamad Affendy Mat Sani.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan penemuan kanak-kanak terbabit yang ditinggalkan dalam sebuah rumah gelap selepas penduduk mendengar tangisannya sebelum membuat laporan polis, jam 12.45 tengah malam.
Kanak-kanak itu diselamatkan ketua kampung, Mohd Don Mohd Amin bersama sepasukan polis.
Polis berjaya menemui ibu kepada kanak-kanak itu, kira-kira jam 6 petang pada hari sama.
Wanita berkenaan mendakwa terpaksa pergi menguruskan ibunya yang mempunyai masalah mental di Felda Jelai 1 dan terpaksa meninggalkan kanak-kanak terbabit kerana kewujudannya tidak diketahui ahli keluarganya.
Bagaimanapun, hasil siasatan mendedahkan wanita itu bukan ibu kandung mangsa tetapi berkemungkinan suspek mengambil upah menjaga kanak-kanak terbabit.

0 comments: